Dikemas kini pada 10/10/2021

ANDA MENGHADAPI KESUKARAN UNTUK MELANGSUNGKAN PERNIKAHAN DI MALAYSIA?








Dan Bermacam-macam Lagi Halangan???





Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian...
Kami Tawarkan Kepada Anda 1 Platform Bagi Menyelesaikan Masalah Anda Dengan Mudah & Patuh Syarak!!!
APA KATA PELANGGAN KAMI?
PROMOSI NIKAH KAHWIN DI SELATAN THAILAND 2019/2020!
PAKEJ MURAH DAN JIMAT!
Pakej 1 Hari: RM1,500
Pakej 2 Hari: RM1,800
Hubungi Kami Sekarang Untuk Dapatkan Harga Promosi!!!
Whatsapp / SMS maklumat berikut ke
1. Nama:
2. Nama Pasangan:
3. Tarikh:
4. Pakej:
Kami akan PASTIKAN anda pulang bersama 8 DOKUMEN LENGKAP atau kami PULANGKAN WANG ANDA!!!
1. Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil Nikah (Disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
3. Surat Pengesahan MAIS (Disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
4. Salinan Kad Pengenalan Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
5. Salinan Passport Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
6. Gambar Nikah Pasangan Bersama 3 Imam Bertauliah (Disahkan Pejabat Konsulat Malaysia)
7. Surat Tauliah Imam/Jurunikah Majlis Agama Islam Thailand [BARU]
8. Resit Rasmi Bayaran Di Pejabat Konsulat Malaysia
PAKEJ NIKAH DI THAILAND 2019/2020
2 PAKEJ UTAMA:
PAKEJ 1 HARI
- Pakej Nikah di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Tanpa Pengesahan Dokumen di Pejabat Konsul/ Kedutaan Malaysia di Songkhla. Pakej Balik Hari, Maksimum 3 Pasangan Sahaja Dalam Setiap Trip.
TRIP:
- Trip 1 : Isnin
- Trip 2 : Selasa
- Trip 3 : Rabu
- Trip 4 : Khamis
- Trip 5 : Sabtu
- Trip 6 : Ahad
- HARGA PAKEJ TERMASUK:
- - Pengangkutan
- - Penginapan 1 Hari (Untuk Transit/Rehat/Tukar Pakaian)
- - Makan tengah hari
- - Bayaran Majlis Agama Islam Songkhla
- - Bayaran imam jurunikah
- - Bayaran 2 Orang saksi
- - Bayaran fotostat semua dokumen
- - Khidmat gambar dan video akad nikah
- - Nasihat dan panduan daftar nikah luar negara
- - WiFi PERCUMA sepanjang perjalanan
PAKEJ 2 HARI
-Pakej Lengkap, Semua Urusan Selesai Dalam Masa 2 hari Sahaja, Pulang Bersama 8 Dokumen Lengkap Untuk Pendaftaran Di Malaysia, Maksimum 3 Pasangan Sahaja Dalam Setiap Trip.
TRIP:
- Trip 1: Isnin - Selasa
- Trip 2: Selasa - Rabu
- Trip 3: Rabu - Khamis
- Trip 4: Khamis - Jumaat
- HARGA PAKEJ TERMASUK:
- - Pengangkutan
- - Penginapan 2 Hari 1 Malam
- - Bayaran Majlis Agama Islam Songkhla
- - Bayaran imam jurunikah
- - Bayaran 2 Orang saksi
- - Bayaran kepada Pejabat Konsul Jeneral Malaysia
- - Bayaran fotostat semua dokumen
- - Khidmat gambar dan video akad nikah
- - Nasihat dan panduan daftar nikah luar negara
- - WiFi PERCUMA sepanjang perjalanan
MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA
Pembayaran Hanya Perlu Dibuat Apabila Tiba Di Majlis Agama Islam Songkhla



Tidak Perlu Deposit
Tiada Cas Tambahan
Tiada Kos Tersembunyi
Bermula 1 NOVEMBER 2018, Majlis Agama Islam Songkhla Hanya Menerima Pasangan Yang Membuat Tempahan Awal Sahaja Untuk Sesi Pernikahan Waktu Pagi. Bagi pasangan yang membuat tempahan "LAST MINUTE", kami akan cuba dapatkan slot pernikahan pada waktu pagi SEKIRANYA MASIH ADA KEKOSONGAN SAHAJA. Sekiranya tiada, kami akan cuba dapatkan slot pernikahan pada waktu petang pada hari yang sama.
PEJABAT KONSULAT MALAYSIA
Hubungi Kami Sekarang Untuk Dapatkan Harga Promosi!!!
Whatsapp / SMS maklumat berikut ke
1. Nama:
2. Nama Pasangan:
3. Tarikh:
4. Pakej:
Seat Terhad untuk 3 pasangan sahaja setiap Hari...
Tempah Slot Anda Sekarang!!!
DOKUMEN PERLU DIBAWA
1. Kad Pengenalan
2. Passport / Border Pass
3. Sijil cerai / Sijil Kematian (Jika Janda)
4. Surat Akuan Muallaf (Jika Muallaf)
KHIDMAT LAIN YANG KAMI SEDIAKAN...
1. Pernikahan di Majlis Agama Islam Satun, Yala, Pattani, dan Narathiwat.
2. Pernikahan bagi pasangan yang menghadapi masalah bernikah di Thailand (blacklist imigresen).
3. Perceraian di Majlis Agama Islam Songkhla, Satun, Yala, Pattani, dan Narathiwat.
4. Tuntutan fasakh di Majlis Agama Islam Songkhla, Satun, Yala, Pattani, dan Narathiwat.
5. Pendaftaran nikah Thailand di Malaysia.
HUKUM NIKAH DI THAILAND
SAH ATAU TIDAK SAH?
Hukum nikah di luar negara termasuk nikah di Thailand adalah sah dengan syarat:
1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah .
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
* Jarak Dua Marhalah: 92 kilometer..
Dikeluarkan Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52
Tarikh Muzakarah: 1 Julai 2002
Tarikh Keputusan: 1 Julai 2002
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
HUKUM KAHWIN LARI MENINGGALKAN WALI MELEBIHI DUA MARHALAH
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan persoalan perkahwinan lari meninggalkan wali melebihi dua marhalah mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.
Dikeluarkan Oleh: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52
Tarikh Muzakarah: 1 Julai 2002
Tarikh Keputusan: 1 Julai 2002
HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG SEDANG MENGANDUNG ANAK TIDAK SAH TARAF
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Tidak Sah taraf. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak tidak sah taraf harus dinikahkan tetapi dengan syarat anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
Berpandukan fatwa di atas, tidak perlu diragui lagi bahawa hukum nikah di Thailand, seperti di pejabat Majlis Agama Islam Songkhla, ialah "sah".
SOAL JAWAB NIKAH SIAM
1. Adakah nikah di Thailand sah?
Jawapan: Ya, pernikahan yang berlangsung di salah satu 5 Wilayah Selatan Thailand yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia adalah 100% sah mengikut hukum syarak. Pasangan tidak perlu bimbang tentang ini kerana imam-imam yang dilantik untuk menikahkan pasangan telah mendapat tauliah dari JAKIM dan Majlis Agama Islam di Thailand.
2. Adakah sijil nikah Thailand diiktiraf oleh kerajaan Malaysia?
Jawapan: Ya, 100% diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia. Kalau pasangan ditangkap berkhalwat, tuan/puan tidak akan disabitkan atas apa-apa kesalahan, kerana sijil nikah Thailand adalah sah dan diiktiraf JAKIM dan kerajaan Malaysia.
3. Di manakah akad nikah berlangsung tuan haji?
Jawapan: Akad nikah akan berlangsung di Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS), Thailand. Imam yang bertugas telah mendapat tauliah dari JAKIM untuk menikahkan tuan/puan di sana.
4. Bagaimana jika saya tidak mempunyai passport tuan haji?
Jawapan: Pasangan perlu ada passport/border pass untuk memasuki negara Thailand atas urusan apa sekalipun.
5. Bilakah boleh dapat sijil nikah?
Jawapan: Sijil nikah boleh dapat pada hari yang sama selepas selesai urusan akad nikah. Sijil nikah tersebut akan disahkan oleh MAIS sebelum disahkan oleh Konsulat Malaysia.
6. Bolehkah saya dapat sijil nikah dan pengesahan dari Konsulat Malaysia dalam masa 1 hari?
Jawapan: Tidak boleh. Urusan di Konsulat Malaysia mesti dibuat dalam masa 2 hari bekerja. Hari pertama khusus untuk urusan penyerahan dokumen, dan hari kedua pula khusus untuk urusan kutipan dokumen.
7. Saya telah digantung tidak bertali oleh suami selama 5 bulan, dan saya ingin bernikah dengan lelaki lain. Bolehkah?
Jawapan: Tidak boleh. Mengikut hukum syarak, puan masih lagi isteri yang sah kepada suami puan. Dalam kes begini, puan perlu pergi ke pejabat agama terdekat dan memohon cerai taklik. Jika bernikah di Thailand, puan boleh mohon cerai taklik di sana. Selepas dapat sijil cerai, pernikahan di Thailand boleh berlangsung mengikut prosedur biasa.
8. Perlukah kami datang sendiri ke Thailand untuk urusan di Konsulat Malaysia?
Jawapan: Pasangan tidak perlu datang berdua. Salah seorang daripada pasangan boleh datang untuk urusan penyerahan dan kutipan dokumen di Konsulat Malaysia.
9. Adakah pernikahan di Thailand mesti didaftarkan di Malaysia?
Jawapan: Pendaftaran pernikahan Thailand di Malaysia bergantung kepada keperluan dan kehendak pasangan. Tetapi, lebih baik tuan/puan daftar pernikahan pasangan di Malaysia untuk kepentingan masa hadapan.
10. Kami ingin mendaftar pernikahan kami di Malaysia. Adakah kami perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah?
Jawapan: Ya, pasangan perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan sama ada tuan/puan urus sendiri atau guna khidmat peguam. Tidak ada pengecualian.
WHATSAPP KAMI SEKARANG UNTUK TEMPAHAN PERKHIDMATAN!
Hj Arif Songkhla/Pn Busyra